University of bath
University of Bath terletak di Bath, bahagian barat selatan (south west) England. Universitinya terletak di atas bukit, yakni sedikit berjauhan dari bandarnya yang terletak di bahagian tanah rendah. Ini juga bermaksud bahawa uni ini adalah bercirikan sebuah kampus di mana semua deparment terletak dalam kawasan yang sama dan bukan di dalam bandar.
Facilities
Banyak benda yang ada di University of Bath. Ada prayer room, perpustakaan yang tidak pernah tutup, dan juga servis bas ke bandar juga agak kerap. Untuk pengetahuan juga bahawa uni ini memang terkenal dengan sport facilities dan sports coaching. Hari tu pasukan badminton negara ada berlatih selama 3bulan di uni ini. Sebut je fasiliti sukan yang anda mahu, pasti ada di University of Bath.
Course
Student yang ada kebanyakannya adalah pelajar tajaan Petronas dan MARA. Course yang famous among Malaysian adalah Mathematics, Electrical Engineering, Mechanical Engineering, Chemical Engineering, Pharmacy, Accounting and Finance, dan juga Law.
Masalahnya, Malaysian semakin tidak ramai di Bath kerana uni mula kenakan syarat kemasukan yang agak tinggi. Selalunya memerlukan straight A's untuk masuk Bath. Tapi untuk tahun hadapan, tidak dapat dipastikan bagaimana.
Accommodation
First year adalah digalakkan duduk di University accommodation. dan uni punya accomodation ada 2jenis. Off-campus dan On-campus...bagi yang sukakan bandar, anda boleh pilih untuk tinggal di off-campus accommodation, yakni berdekatan dengan bandar tetapi berjauhan daripada universiti. Tetapi jangan bimbang, bas servis sangat kerap dan perjalanan hanya mengambil masa 15min dari bandar ke uni.
bagi yang suka duduk berdekatan dengan department, xperlu bimbang. ada on-campus university accommodation. anda xperlu pilih untuk duduk berdekatan dengan department kerana on-campus hall yang paling jauh adalah 10 min jalan kaki ke uni. cadangannya, pilih yang murah dan bersesuaian dengan anda.
tahun kedua, anda diwajibkan keluar dari universiti accommodation. jadi, kena cari rumah bersama dengan beberapa orang rakan lain (kalau ada). jadi, bagi yang sewaktu 1st year sudah duduk di luar kampus, maka tidak menjadi masalah kepada mereka untuk membiasakan diri dengan perkhidmatan bas di Bath ini.
Life as a Muslim
Kehidupan kat sini alhamdulilah ok. bagi yang duduk di bandar, ada masjid yang berdekatan, maka boleh solat di sana. di universiti juga ada prayer hall dan juga diadakan jemaah untuk Jumaat di universiti dan di bandar.
Berkaitan duit, kalau anda seorang yang berjimat, anda boleh menyimpan duit dengan banyak. Bath yang mahal adalah kos sara hidup, yakni makanan. Jika duduk di rumah, kos sewa rumah sekitar £250-£330 per month. JPA, Mara, dan KPM bagi £800 sebulan. jadi anda boleh saving about £100 per month.
Halal Food
Makanan halal kt Bath xbyk. Tapi disebabkan Bath ni dekat dengan Bristol, maka banyak student yang akan ke Bristol untuk membeli makanan mentah halal seperti ayam dan daging. Selalunya naik train ke Bristol selama 30minit.
Makanan malaysia pula ada juga jual sedikit2 di sini. ada beberapa kedai oriental dan kedai thai yang juga boleh dapatkan makanan malaysia seperti maggi, sos cili, kicap, dan etc..kalau nk byk pilihan lagi, juga boleh dapatkan di bristol.
di Bath juga ada beberapa restoran dan kedai kebab yang halal. Harganya pun tidaklah mahal sangat. kalau malas nak masak, boleh je pergi beli di kedai kebab yang kebanyakannya di kawasan bandar.
di universiti juga ada disediakan makanan halal untuk lunch. ada cafe yang menjual ayam halal dan pastry halal.
Malaysian Community
Malaysian komuniti kt sini tak ramai di kalangan undergraduate. kebanyakannya postgraduate yang dah berfamili. tapi disebabkan tidak ramailah maka hubungan antara malaysian sangat kuat. setiap kali ada makan2, pasti akan dijemput.
disebabkan bristol pun dekat dengan bath, maka boleh juga join malaysian bristol community.
What to prepare
Tidak perlu bawa apa2 yang spesifik. Hanya perlukan diri anda untuk datang dan memeriahkan komuniti di Bath ini.
Contact Person
Ahmad Fairuz Abidi
3rd year BSc Mathematics
University of Bath
email: dury_83@yahoo.com
YM: dury_83
skype: fairuz1988
telefon number:07411327239
1 Response to "University of bath"
Assalamualaikum wrh wbt..hai abg pai,kenapa bahasa melayu?hihi
Post a Comment